Biarku bawa rindu dan sendu yang luka ke dalam dada. Akanku simpan segala perasaan kasih sayangku di dalam sanubariku bahawa aku amat menyanyangi dirimu walaupun perasaanmu masih diawang awangan .Andai kata aku pergi dahulu, simpananlah kenanganku ini di dalam sanubarimu. Tidak ada apa-apa yang dapat kutinggalkan untukmu hanya blog ini sebagai kenangan. Amatilah apa yang aku tulis selama ini. Aku sentiasa berdoa agar hatimu dapat menerimaku dalam hidupmu.
Takdir menentukan segalanya. Setiap malam setiap detik aku tidak pernah melupakanmu walau aku jauh dari sisimu. Apabila aku merinduimu aku menghantar pesanan ringkas di telepon bimbitmu. Walau pun engkau jarang sekali membalasnya namun aku tetap menghantar setiap hari. Hanya itulah yang mampu ku lakukan setiap hari untuk memberitahu betapa hatiku menyayangimu. Perasaanku semakin hari semakin membuak ingin hidup bersamamu. Impianku ingin menjagamu sehingga ke akhir hayatku. Akanku beri segala kasih sayang padamu. Engkau pernah berkata padaku yang engkau sudah mula menyayangiku namun hatimu masih dibayangi kenangan dulu. Engkau masih belum dapat menerima insan lain hadir di dalam hidupmu. Hatimu bukan padamu, tetapi pada insan lain.
Engkau masih tidak memberi ruang untuk aku menyanyangi dirimu. Engkau menutupi hatimu sekemas-kemasnya untukku.. Hatimu terlalu keras untuk menerima cintaku..Apa yang aku luahkan engkau anggap aku macam orang lain, setiap kata-kataku kau samakan dengan buah hatimu dahulu.. Hatimu masih belum menerimaku. Adakah aku tidak setanding dengannya. Salahkah aku untuk menyintai dirimu. Aku akui memang aku ada banyak kelemahannya. Aku tidak sealimnya. Aku tidak memenuhi ciri-ciri yang engkau dambakan.. Aku tidak pandai dalam teknologi sekarang tapi aku cuba mempelajari sikit demi sedikit tentang itu. Aku juga tidak tegas dan cepat simpati kepada orang, Itulah sebab utama aku sering dipermainkan .
Aku memerlukanmu untuk memberiku semangat.. Aku tahu kau boleh merubahku.. semenjak kita kenal, kau selalu menasihatiku dan kata-katamu begitu memberiku kekuatan untukku meneruskan perjalananku. Berilah aku peluang untuk memiliki hatimu.. Namun aku manusia biasa aku tidak boleh memaksa dirimu untuk menyayangiku sekiranya hatimu masih belum memberi peluang untukku. Hanya Allah yang tahu isi hatimu. Biarlah aku menunggu jawapan dari mulutmu tidak kira sebulan, setahun, dua tahun.. aku tetap akan menunggu jawapanmu. Andai kata engkau tetap tidak menerimaku biarlah blog ini jadi saksi cintaku padamu. Akanku tulis rintihan kisah hidupku sehingga ke ahkir hayatku.
0 comments:
Post a Comment