Gambar kenangan semasa tamat latihan.
Teringat semasa aku habis tamat latihan amat bermakna bagiku. Aku yang bertungkus lumus akhirnya aku berjaya menamatkan latihanku di pusat latihan. Walau banyak rintangan yang aku lalui dengan panas terik di padang kawad dan maki hamun aku tabahkan jua walau perit rasanya. Kini aku telah menjadi seorang anggota polis. Banyak cabaran yang aku lalui. Tapi ini tidak bermakna aku patah semangat, aku teruskan kerjayaku. Teringat aku semasa di pusat latihan..seorang jurulatih kawad yang sangat kami tidak suka dengan caranya. Yang paling aku benci hentak kaki tanpa berhenti,rasa nak tercabut kakiku. Dalam hati ku bila dia nak berhenti ni....bisikan hatiku. Dalam hati hanya tuhan je yang tahu.
Kenangan bergambar dengan OCPD Subang Jaya.
Gambar ini di ambil semasa perjumpaan dengan OCPD Subang Jaya. Semuanya kawan-kawanku semasa bertugas di Daerah Subang Jaya. Aku nampak kurus masa tu. Nampak kecil sekali aku di dalam barisan tu. Itulah aku berbadan kecil. Semuanya kenanganku dalam hidupku akan kukenang sampai bila-bila.
Pistol .38
Ini adalah pistol jenis Revolver .38 berukuran empat inci. Inilah senjata yang aku bawa semasa bertugas. Dengan beralaskan enam butir peluru di dalamnya di samping dua empat butir peluru aku selitkan di pinggangku. Memang berat rasanya bila ku bawa.Teringat semasa aku mula-mula pegang senjata, mengigil tanganku apabila kupegang maklumlah dalam hidup aku tidak pernah pegang senjata. Tapi sekarang sudah menjadi kebiasaan dalam hidup ku. Pistol ini juga pernah ku cuba letak di kepalaku disebabkan aku tertekan, mujurlah kawanku cepat-cepat merampasnya dariku. Tidak dapat aku lupakan...Ini lah kenanganku yang dapat aku ceritakan.
0 comments:
Post a Comment