Aku bukan insan yang sempurna...Aku hanya insan biasa yang tak sepi melakukan kesilapan...moga Allah kan sentiasa mengampunkan segala kesilapanku dan kealpaanku....Ampunkan segala dosa dan kesilapanku selama kita berkawan.Terima kasih segalanya...Ku harap engkau gembira dengan kehidupan engkau bersama teman2 yang disayangi...Selamat tinggal segalanya...Biar kenangan dalam hidupku....
Thursday, April 8, 2010
Thursday, March 25, 2010
Thursday, March 18, 2010
Tuesday, March 9, 2010
Indah dari rupa
Inilah kehidupan di dunia.Indah dari rupa tak seindah yang kita sangka...
Panas tak semesti sampai ke patang..hujan di tengah hari....
Bak kata perpatah hidup kita ini tak semestinya indah,malah sebaliknya..
Setiap manusia ada masalah sendiri...
Jangan padang paras rupa yang cantik,hati belum pastinya baik...
Jangan pandang paras rupa yang buruk tapi kita tidak tahu hati dia macam mana...
Itulah lumrah kehidupan..
Hidup ini kadang-kadang membuat aku bingung,,,bosan,,,menyampah pun ada..
Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku cari..
Mencari sinar kehidupan yang belum pasti aku jumpa..
Sampai bilakah aku akan jadi begini...
Esok lusa aku tidak tahu apa yang akan berlaku...
Adakah aku masih berdiri di alam yang nyata...
Atau adakah aku tiada lagi di dunia ini....
Posted by neo at Tuesday, March 09, 2010 1 comments
Saturday, February 20, 2010
Kau pergi Jua
Kau Pergi Jua
Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku
Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku
Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...
Posted by neo at Saturday, February 20, 2010 0 comments
Pusara Ayah dan Bonda
Pusara arwah ayah dan bonda
Pada cuti perayaan cina aku bersama adik beradikku balik ke kg di Sungai Balai Baroh,Bagan Datoh Perak.Tujuan kami balik untuk membuat kenduri arwah untuk ibu dan ayahku.Masa cepat berlalu,arwah mak pergi tanggal 26.10.2009.dan arwah ayah pada tanggal 09.02.1984...semoga orang tuaku berada ditempat orang2 yang soleh.Terima kasih mak,,ayah,,,kerna melahirkan aku ke dunia ini yang penuh banyak dugaan yang aku tempohi.Terima kasih sekali lagi kerna membesarkan aku dengan kesusahan yang pernah dilalui...Aku amat menghargainya tanpa mak dan ayah aku tidak lahir ke dunia ini.Tapi aku rindu sangat pada arwah mak sebab aku terlalu rapat dengannya.
Pusara Ayah
Pusara arwah Mak
Posted by neo at Saturday, February 20, 2010 1 comments
Tuesday, February 9, 2010
kereta idaman
Inilah kereta idamanku..Bilaku terpandang aku sempat menangkap gambar dalam hensetku..Gambar ini aku tangkap semasa aku membuat rondaan di kawasan Subang Jaya.Sempat juga aku mengambil sambil buat rondaan.Lawakan,bilalah aku dapat kereta idamanku ini...Kalau nak ikutkan banyak lagi aku nak tangkap gambar kereta sport tapi aku tak sempat nak tangkap nanti orang ingat polis tak da kerja lain ke nak tangkap gambar kereta..Aku dapat perhatikan dari jauh,dalam hati lawanya kereta tu..Emmm..agak2nya bilalah aku dapat kereta idamanku itu..
Posted by neo at Tuesday, February 09, 2010 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)